Sunday, April 26, 2009

Keledek Part 2

Partner sedang merumput

Hujung minggu lepas and semalam kitorang dah mula membaja keledek-keledek di kebun. Sebelum tanam, kitorang dah masukkan baja asas, jadi takde masalah untuk keledek-keledek tumbuh dengan subur. Kali ni kitorang masukkan baja NPK 15:15:15

Tengok keledek-keledek yang kami tanam hidup menghijau, sejuk mata memandang. hehe..
Keledek varieti "Gendut" hasil kajian Mardi

Dari pengamatan, keledek memang tak cerewet...walaupun kurang air...ia masih boleh hidup subur...
Keledek varieti "Vitato" hasil kajian Mardi

Friday, April 17, 2009

Kandungan Protein Daun Jagung Berbanding Napier


Di atas adalah perbandingan protein kasar antara daun jagung dan napier
Rajah jelas menunjukkan kandungan protein kasar daun jagung adalah tinggi berbanding napier.
Pada minggu pertama, kandungan protein daun jagung adalah sekitar 22%, manakala napier sekitar 10%.
Peratusan protein kasar menurun selari dengan peningkatan umur tumbuhan. Akan tetapi protein kasar pada napier meningkat kepada 12% pada minggu ke 6.

Wednesday, April 15, 2009

Keledek Gajah


Sekali tengok macam sengkuang

Semasa menhantar adik ke tempat kerja, mak telah singgah ke gerai pisang goreng. Kebetulan peniaga tersebut turut menjual keledek segar untuk pelanggan...
Besar-besar umbisi keledek yang dijual. Katanya Keledek "Gajah". Bila dibawa balik, sungguh terperanjat saya tengok keledek sebesar ini. Ini antara keledek yang terkecik.
Sebiji keledek dah mencecah 3 kilo. Saya pun kurang pasti varieti apakah keledek ini. Kalau ada pembaca yang tahu, boleh lah tinggalkan komen.



Keledek

2 minggu lepas, kami baru dapat benih keledek yang sekian lama dipesan daripada Jabatan Pertanian Pulau Gadong.

Benih yang dipesan adalah 500 keratan dahan keledek "Vitato" dan 500 keratan "Gendut".

Setelah bertungkus lumus selama seminggu, akhirnya kami berjaya menanam semua keratan keledek

Sunday, April 12, 2009

Napier India Part 4

Petikan dari blog Pertanian, En Sham Ghaz

" Prof Zaki & penemuannya. Artikel ini keluar akhbar SINAR HARIAN, Jumaat 27 Feb 2009.
Hasil pertemuan terkini, rumput Napier India mampu untuk mengantikan pengambilan makanan ternakan/ dedak bagi kambing, berbiri dan lembu. Ini adalah disebabkan kandungan proteinnya sangat tinggi iaitu antara 16 hingga 19% (Analisis % Protein daripada MARDI. Kandungan protein perlu bagi kambing adalah hanya 14% sehari sahaja). - kenyataan dari saya, yg merupakan pengeluar & penjual makanan ternakan (kambing, kuda & itik) & isteri seorg Dr Veterinar. Satu kajian juga telah dijalankan oleh institusi penyelidikan tempatan, yang jelas menyatakan bahawa Napier India lebih tinggi kandungan proteinnya berbanding Napier Taiwan. Bagi saya, tanaman alternatif seperti ini sangat perlu bagi mengantikan makanan ternakan yang sedia ada dipasaran sekarang. Saya juga percaya, kesan daripada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang, harga makanan ternakan juga akan meningkat naik, semua penternak akan cuba untuk mengecilkan kos operasi (makanan ternakan dsbnya) dan pengurusan. Justeru itu saya memberikan JALAN PENYELESAIAN kepada semua penternak, iaitu dengan menanam rumput napier india dan jadikan ia sebagai makanan utama ternakan anda "

Dah mula berbunga!

Subur menghijau!

Ada 3 batas jagung yang dah 6 minggu, satu batas "Masmadu" dan 2 batas "Thai Sweet".

Nampak dah ada 2-3 pokok yang dah mula keluarkan bunga jantan.


Dah tiba masanya kami membuang daun dibahagian bawah...dan membaja...

Semua itu penting untuk dapatkan hasil yang baik.

Napier India Part 3




Ni lah pokok Napier India yang dah 3 minggu...kami tanam 22 Mac lepas...byk tunas baru tumbuh...dicelah pokok napier tu kami sulam dengan pokok jagung "Thai Sweet" (Bak cakap omputih optimize space!)

Ni sedikit fakta dari pembekal benih Napier India, En Sham Ghaz dari blog Pertanian


Wednesday, April 8, 2009

Napier India Part 2

Anak Napier India 2 minggu

Ni anak napier yang dah 2 minggu...dah ada 2-3 helai daun.
Nak bagi gemuk lagi, kitorang tabur sikit baja tahi ayam di keliling pokok.

Dah sebulan....

Pokok jagung umur sebulan


Sekejap je dah sebulan. Dah tinggi dah jagung-jagung di kebun...tak lama lagi lepas ler bahu kitotang

Tuesday, April 7, 2009

Pembajaan

Hamdan sedang membaja menggunakan "power spray"

PEMBAJAAN

Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan(nitrogen,phosphorus,kalium) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Selain dari itu pembajaan juga bertujuan untuk mendapat;
Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi
Jangkamasa hidup yang panjang


Jenis Baja
Baja asli (najis ternakan dan kompos)
Baja kimia


Jenis Pembajaan
Pembajaan Permulaan
Pembajaan Pengurusan
Pembajaan Permulaan
Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau pada masa menanam. Bertujuan mengalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan tegap untuk pembesaraan dan perkembangan seterusnya.
Kadar Pembajaan
Kadar yang disyorkan secara am bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) mengikut keadaan di Semenanjung Malaysia ialah;
N: P: K = 60 : 30 : 30
60 kg. Nitrogen/hektar
30 kg. P2O5/hektar
30 kg. K2O/hektar

Berapa banyakkah baja UREA, TSP dan MOP diperlukan untuk menghasilkan campuran baja tersebut ?
Urea : Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N
untuk 60 kg. N = (100 x 60)/46= 130 kg. Urea/ha

TSP : Setiap 100 kg. TSP terdapat 46 kg. P2O5
untuk 30 kg. P2O5 = (100 x 30)/46 = 65 kg TSP/ha

MOP : Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg. K2O
untuk 30 kg. K2O = (100 x 30)/60 = 50 kg. MOP/ha

Kadar baja permulaan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Jika tanah yang hendak ditanam adalah berasal dari kawasan hutan baru dibuka biasanya mempunyai zat makanan (baja) yang tinggi. Oleh itu keadaan serupa ini hanya perlu ditambah baja phosphate untuk mengalakan pertumbuhan akar dan baja yang biasa digunakan ialah TSP,CIRP,GRP . Jika T.S.P digunakan kadarnya ialah 245kg/hektar atau 100kg/ekar.
Kadar baja permulaan yang disyorkan bagi pastura campuran dengan kekacang ialah;-
P : K = 30 : 30
Iaitu 30 kg. Phosporus/hektar (65 kg. T.S.P/hektar)
30 kg.Kalium (Potash)/hektar (50 kg. Muriate of Potash/hektar)
Penaburan kapur adalah dimestikan untuk memperbaiki kemasaman (pH) tanah sekiranya pastura campuran rumput & kekacang ditanam.

Pembajaan pengurusan
Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun bagitu pembajaan setiap selepas setiap pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Pengunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang sangat digalakan. Ia bukan sahaja berkesan malah tanpa sebarang kos.

BAJA NITROGEN
Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah.Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4±N) NH4±N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein.Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan.Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok.Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun.Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N.

BAJA FOSFORUS
Keperluan Posforus (P) oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi.P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit.Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P biasa diperolehi dari baja CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza.
BAJA KALIUM (K)
Unsur Kalium (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat.Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:-
1. Metabolisma karbohaiderat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji
2. Metabolisma nitrogen dan sintesis protein
3. Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu
4. Peneutralan asid-asid organik penting
5. Pengaktifan enzim
6. Perkembangan tumbesaran tisu meristem
7. Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air

Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah.Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baikFungsi yang tidak kurang pentingnya juga ialah kalium didalam metabolisma haiwan ialah didalam penghasilan arus bioelektrik. Hasil daripada metabolisma sel menyebabkan ion-ion kalium K didalam sel mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan ion-ion Na diluar membran sel. Bezanya kepekatan ion ini akan menghasilkan arus bioelektrik yang akan melibatkan utusan saraf.
PASTURA CAMPUR KEKACANG
Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:
1. Mengurangkan kos membaja, Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu anggaran 50 - 250 kg/hektar/tahun.
2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan.
Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-
1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama
2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.
Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan

Baja Complehumes
Baja Complehumes juga boleh digunakan terutamanya pada kawasan bekas tapak tanah lombong, kerana ianya akan meningkat kandungan humes pada tanah berpasir tersebut.

Note:
UREA
RM1.00/kg (Harga 2004)
120 - 150kg N / ha/tahun - Cadangan JPH / 2.471 = 48.56 - 60.7kg N / ekar / tahun Cadangan Mardi 300 - 400kg N / ha / tahun - Fooder
300kg N / ha / tahun - Grazing Urea 46% N
Urea : Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N untuk (150kg N/ha ) 60 kg. N / ekar = 100 x 60 = 130 kg. Urea /ekar 46
_____________________________________________________________________________
TSP
RM1.10/kg (Harga 2004)
40kg - 50kg P / ha / tahun - Cadangan JPH / 2.471 = 16.18kg - 20.23kg. P / ekar / tahun Cadangan Mardi 50 - 60kg P / ha / tahun – Fooder
Cadangan Mardi 50kg P/ ha / tahun – Grazing
P - P2O5 = X 2.21 P2O5 - P = X 0.44 40kg P /ha ( 16.18kg P/ekar ) X 2.21 = 88.40kg P2O5 / ha ( 35.75kg P2O5 / ekar )40kg P / ha X 2.21 = 88.40kg P2O5 / haTSP 46% P2O5
TSP : Setiap 100 kg. TSP terdapat 46% kg. P2O5 untuk 88 kg. P2O5 = 100 x 88 = 191 kg TSP/ha ( 77.4kg TSP / ekar ) 46
_______________________________________________________________________
MOPRM0.80/kg (Harga 2004)
50 - 100kg/ha/tahun - (20.23 - 40.46kg/ekar/tahun )
Cadangan JPH /2.471 20.23 - 40.46kg/ekar/tahun
Cadangan Mardi 150 - 200kg/ha/tahun - Fooder Cadangan Mardi 100kg/ha/tahun - Grazing
K - K2O = X 1.2 K2O - K = X 0.83
MOP 60% K2O50kg/ha K X 1.2 = 60kg K2O / ha ( 24.28 kg K2O / ekar )
MOP : Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg. K2O untuk 60 kg. K2O / ha = 100 x 60 = 100 kg. MOP / ha ( 40.46kg /ekar ) 60

Monday, April 6, 2009

Napier India Part 1


Kitorang baru beli 100 ruas benih Napier India untuk trial plot kat kebun...ni tak masuk dalam projek Danril Agrarian...kitorang beli guna personal budget je...

Mengikut petua otai-otai jagung, bila tanam napier, ulat pengorek batang tak serang jagung, sebab batang Napier lebih manis dari batang jagung. Ulat akan tertumpu pada pokok Napier.
Daun Napier nanti supply kat rabbit aku dengan rabbit Hamdan...hehehe
Senang-senang jenguk ler website arnab aku...www.freewebs.com/newhillz-rabbit
Promote jangan tak promote!!!!

Pokok Jagung Berbelang

Komersial break jap! ada lak anak jagung yang tumbuh daun berbelang hijau putih...
Tengoklah nanti perkembangan dia...

Ni dari batch jagung "Masmadu"

Benih ni kitorang beli dari MARDI...tak banyak...dapat 2-3 batas je...

Kalau ikut kajian MARDI...jagung "Masmadu" ni jenis bicolor....dua warna dalam satu tongkol...kuning dan putih...

Dah Tinggi....Hijau nya.....

Fuyoh!!!! Dah tinggi....
Hilang penat bila tengok pokok-pokok jagung yang kitorang tanam dah besar...sejuk mata memandang...


Sebab kitorang cuma tanam hujung minggu, jadi progress projek ikut batch...satu minggu dapat 2-3 batas..anggaran 800 seminggu...Tu yang dalam gambar nampak pokok tak sama tinggi....

Nun jauh di dalam gambar tu, kelihatan Hamdan tengah gigih semai jagung.

Dia wat tempat redup, aku kat tengah panas...Hwaaaaaaa....tu yang aku cepat hitam...





Jagung dah besar


Jagung 3 minggu
Dah besar dah jagung....berkat usaha gigih menyiram dan membaja...bukan senang tu...naik sakit pinggang bawak pam air turun naik bukit dari rumah Hamdan ke kebun...

Tapi berkat air akar kayu "tengkuk biawak", semuanya beres...

Hamdan yang banyak minum...aku tak minum sebab lepas minum demam 3 minggu...huhuhu...

Sejauh mata memandang...Hehehe

Anak Jagung


Harap tak terlambat update...

Benih Jagung "Thai Sweet"

Projek jagung dah mula...bulan 3 aritu...dah 6 minggu skrg...kami tanam jagung "Thai Sweet".
Sbb senang jaga, tak banyak kerenah (ni berdasarkan pengalaman partner ler, dia dah 3 musim tanam jagung ni)

Anak jagung umur seminggu

Cepat jugaklah naik, seminggu dah tumbuh...batch ni kami buat eksperimen, tanam rapat-rapat. Satu batas 4 baris, jarak antara baris 20cm.

Jagung 2 minggu

Alhamdulillah hujan hari-hari. 2 minggu dah 2-3 inci tinggi. Saiz macam ni perlu selalu siram, kalau tidak pokok terbantut. Minggu depan dah boleh baja buat kali pertama. Kami guna baja organik NPK 15:15:15 dan disulam dengan baja cecair WELLGROW hijau.