Kami nak perkenalkan varieti napier yang baru kami dapat. Napier ni adalah dari varieti Australia. Varieti ini tumbuh rendah berbanding napier yang lain, dan menghasilkan sulur anak yang banyak.
Mengikut pemerhatian kami, daun varieti ini lembut dan kurang berserabut. Haiwan ternakan gemar kepada tekstur napier ini.
1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok sistem 4kaki x 4kaki = 3,200 pokok seekar.
1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas
1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.
1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.
Dianggarkan minimum 1 rumpun (12 dahan) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg. bermakna untuk 1 ekar rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.
Dengan pembajaan berkala, maksimum yg boleh dicapai ialah, 20kg/ rumpun ~ 64,000kg/seekar!
Anggaran 1 ekor kambing makan 5kg sehari
100 ekor kambing memerlukan 500kg sehari
Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india IKN091 mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 76.8 hari! = 2.5 bulan!