Sunday, May 24, 2009

Keledek Vitato & Gendut




Cepat masa berlalu, keledek-keledek yang kami tanam dah berumur sebulan lebih.
Dah tak nampak batas lagi.

Keledek Daun Ungu


Ni pulak keledek daun ungu yang kami baru dapat. Daun dia memang menarik, warna ungu gelap. Ada potensi jadi tanaman hiasan.

Bab rasa keledeknya, tak sure lak..baru tanam...tunggu hujung bulan 7 dapatlah merasa isinya.

Napier Australia


Kami nak perkenalkan varieti napier yang baru kami dapat. Napier ni adalah dari varieti Australia. Varieti ini tumbuh rendah berbanding napier yang lain, dan menghasilkan sulur anak yang banyak.

Mengikut pemerhatian kami, daun varieti ini lembut dan kurang berserabut. Haiwan ternakan gemar kepada tekstur napier ini.