Thursday, December 18, 2008

Pertemuan dengan Pegawai Pertanian Jasin

Setelah balik dari SSM, kami terus ke Jabatan Pertanian Jasin sbb tapak projek kami terletak di Bemban...kira dalam Area Jasin.

Pegawai bertugas, En Adib. Layanan beliau agak bagus.

Kami dinasihatkan agar mendapatkan surat perjanjian tanah yang bakal kami sewa untuk tujuan permohonanan peruntukan.

Dia kat InsyaAllah tahun depan bulan 6 dapat......

Tunggu je lah...

Hari Bersejarah - DANRIL AGRARIAN ditubuhkan


Hari ini adalah detik bersejarah buat saya.
Alhamdulillah "DANRIL AGRARIAN" secara rasminya ditubuhkan.
DANRIL - Gabungan nama saya dan partner
AGRARIAN - Mengikut kamus Meriam Webster - "organized or designed to promote agricultural interests" maksudnya "ditubuhkan untuk mempromosikan kepentingan pertanian"

Awal-awal pagi lagi saya dan partner telah pergi ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di MITC, Ayer Keroh untuk mendaftar syarikat kami. Sebenarnya, dah lama kami plan on syarikat ni, tapi cuma hari ni kami berkesempatan berbuat demikian kerana kami masih bekerja (hujung tahun, so byk cuti kena dihabiskan)

Saya dan partner - cuba teka mana satu saya, mana satu partner?


Sesampai di SSM, kami telah mengambil borang PNA42 untuk semakan kesediaan nama syarikat yang dipilih dan Borang A untuk pendaftran syarikat.

Sebelum datang ke SSM, kami dah check nama cadangan secara online. Memang belum ada orang guna. Kira unik ler..;-P

Layanan kakitangan SSM mmg best. Setelah lengkap semua borang, kami telah diberi no giliran..Alhamdulillah, tak sampai 10 min, nombor kami dipanggil, setelah serahkan borang, kami diminta tunggu sebentar sementara borang kami diproses. 15 minit kemudian, syarikat kami telah didaftarkan...Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.

Komen paling best dari pegawai bertugas ialah..."pandai kamu gabungkan nama!" LOL